Mediaklik

[RASMI] MOHON SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN SECARA TUNAI KEPADA SETIAP PELAJAR SEKOLAH

Skim Bantuan Persekolahan MAIPk adalah sebuah skim untuk asnaf Fakir Miskin. Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAMP) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah dan memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan. 

Bantuan dalam bentuk kewangan dan akan disalurkan melalui pihak sekolah kepada pelajar yang layak. Bantuan ini diberikan adalah untuk anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna di sekolah dan tidak tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan.





OBJEKTIF BANTUAN PERSEKOLAHAN

Objektif utama bantuan persekolahan ini diberi adalah untuk:


1. Supaya anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna dan tidak tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan

2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan. Taraf pendidikan yang baik dapat membantu anak asnaf memperoleh pekerjaan yang sesuai dan berjuang untuk kelangsungan hidup serta menempatkan diri dalam masyarakat



TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Skim Bantuan Persekolahan tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 20 Disember 2021 hingga 28 Februari 2022


SYARAT KELAYAKAN

1. Beragama Islam

2. Warganegara Malaysia/ Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil)

3. Bermaustatin atau tinggal tetap di negeri Perak

4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)

5. Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi



KAEDAH BANTUAN PERSEKOLAHAN

Anak-anak asnaf yang layak diberi bantuan pendidikan secara:

1. Bayaran terus kepada pihak sekolah

2. Bagi permohonan bantuan kali pertama/ bertukar sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua ketua keluarga/ penjaga atas nama pelajar

3. Permohonan yang lengkap hendaklah mendapat pengesahan dan sokongan daripada pihak sekolah (guru besar/ pengetua)



CARA PERMOHONAN

1. Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2021 tidak perlu membuat permohonan.

2. Permohonan baharu hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah


Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak dan borang yang lengkap hendaklah dihantar semula ke alamat ibu pejabat tersebut.


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Tel: 05 208 4000
Email: korporat@maiamp.gov.my


Dapatkan maklumat lanjut di postal rasmi maiamp.gov.my atau laman Facebook Zakat Perak – MAIPk


Add comment