Mediaklik

MOHON INISIATIF KERAJAAN SEHINGGA RM200 KEPADA SETIAP KANAK-KANAK


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihak kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan dengan menaikkan kadar bantuan kanak-kanak daripada RM100 kepada RM150.

Bantuan Kebajikan Kanak-Kanak merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM150 sehingga RM200 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada kanak-kanak bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat.






KADAR BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Kadar bantuan kanak-kanak akan diberikan mengikut kategori iaitu :


1. Berumur 7 tahun hingga 18 tahun (kadar lama RM 100 setiap anak)
  • RM150 

2. Berumur 6 tahun & ke bawah 
  • RM200 


2. Bilangan anak melebihi 4 org/keluarga sebulan (kadar lama maksima RM 450 sahaja)

  • RM1000



SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).


CARA PERMOHONAN

Pemohon diminta membawa borang yang berkaitan beserta dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.


Borang Yang Berkaitan :



Dokumen Sokongan :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri/Ibu/Bapa/Anak yang tinggal bersama
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak / Ahli Keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Penyata Gaji (jika ada)


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my

Add comment