Mediaklik
Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Warga Emas RM500 sebulan kini disediakan dan boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang memerlukan dan kurang berkemampuan. Inisiatif khas BWE ini telah diperkenalkan oleh kerajaan dibawah kendalian sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN WARGA EMAS RM500

Untuk makluman, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Inisiatif tambahan ini dapat meringankan beban mereka yang layak setiap bulan.

Perlaksanaan program bantuan warga emas ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BAYARAN BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Kepada rakyat Malaysia yang memohon dan layak, mereka akan menerima insentif khas BWE ini sebanyak RM500 sebulan. Pengkreditan secara automatik akan dilakukan secara bulanan kepada penerima.

KELAYAKAN BANTUAN (BWE)

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi sebelum memohon bantuan khas ini seperti :

  • Terbuka kepada warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmaran secara percuma
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Semua telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA MOHON BANTUAN BWE

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara bulanan melalui BWE. Untuk semakan cara mohon, sila ke laman utama – eBANTUAN JKM

INFORMASI LEBIH LANJUT

Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Add comment