Mediaklik
MySalam : Bantuan Khas RM8000 Percuma Untuk Golongan B40

MySalam : Bantuan Khas RM8000 Percuma Untuk Golongan B40

MySalam : Bantuan Khas RM8000 ditawarkan percuma kepada golongan B40 yang berkelayakan memerlukan dan terjejas pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas ini masih diteruskan pada tahun 2023 kepada rakyat yang terdiri daripada kumpulan B40.

MYSALAM : BANTUAN KHAS RM8000

Untuk makluman, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim bantuan kewangan yang melibatkan seumbangan sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan. Bantuan yang dimaksudkan itu adalah sebuah manfaat di bawah Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.

Program istimewa ini adalah sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Melalui inisiatif ini,  mereka yang didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (senarai penyakit kritikal) layak menerima bayaran tunai sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KHAS MYSALAM

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan insentif khas MySalam seperti :

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima bantuan khas kewangan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

PANDUAN CARA MOHON & TEBUS BANTUAN

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan dan penebusan inisiatif khas ini boleh dilakukan secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi – MySalam

LANGKAH-LANGKAH

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Untuk semak senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment