Mediaklik
Bantuan Anak Pelihara (BAP) Minimum RM250 : Semak Kelayakan

Bantuan Anak Pelihara (BAP) Minimum RM250 : Semak Kelayakan

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan pada tahun ini melalui skim bantuan kebajikan untuk mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk sedia maklum, sepanjang tahun ini terdapat bermacam jenis bantuan yang boleh dimohon oleh rakyat yang kurang berkemampuan.

PROGRAM BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

Terdapat beberapa jenis bantuan yang masih boleh dimohon pada bulan Oktober ini bagi mereka yang memerlukan. Salah satunya adalah Bantuan Anak Pelihara yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan Anak Pelihara (BAP) bertujuan untuk menolong kanak-kanak yang yatim/yatim piautu atau kurang bernasib baik, yang tidak mempunyai saudara-mara. Mereka juga diberikan bantuan supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Dengan adanya insentif ini juga dapat membantu meringankan beban keluarga yang menanggung anak pelihara. Kepada keluarga atau penjaga yang berkelayakan boleh kemukakan batuan bulanan ini mengikut saluran yang disediakan.

KADAR BAYARAN BANTUAN ANAK PELIHARA

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimumRM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

KELAYAKAN BANTUAN (BAP)

Beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
  3. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
  4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  5. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM atau Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dilakukan segera. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila ke laman rasmi – eBANTUAN JKM

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Untuk ketahui lebih banyak inisiatif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk semakan lengkap maklumat.

Add comment