Mediaklik
Pemberian Baucar Shopee RM400 Percuma Untuk Pengguna

Pemberian Baucar Shopee RM400 Percuma Untuk Pengguna

Pemberian baucar Shopee bernilai RM400 secara percuma untuk pengguna, dimana baucar tersebut boleh ditebus pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Ini merupakan sebuah inisiatif khas untuk rakyat Malaysia bagi manfaat yang ditawarkan dalam kempen jimat air 4.0 yang ditawarkan.

PEMBERIAN BAUCAR SHOPEE RM400

Untuk makluman,dalam usaha Kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan produk cekap air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee mengumumkan Kempen Jimat Air 4.0 . Melalui inisiatif tersebut, baucar rebat bernilai RM400 akan diedarkan kepada pengguna yang layak untuk mendapatkan produk-produk jimat air untuk rumah masing-masing.

Kempen ini dijalankan dengan kerjasama di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Shopee, Program ini merupakan kesinambungan daripada kempen jimat air yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Setiap individu boleh menyertai kempen ini hanya dengan mengesahkan akaun ShopeePay anda.

KADAR PEMBERIAN BAUCAR SHOPEE

Di bawah adalah tiga (3) jenis baucar yang akan diberikan kepada yang pengguna shopee yang layak:

  • Baucar RM200 untuk membeli mesin basuh
  • Baucar RM150 untuk mendapatkan kelengkapan mandi dan jamban
  • Baucar diskaun 50% untuk mendapatkan barangan paip (Sehingga 50%)

Senarai perkakas dalam kempen 4.0 ini adalah Mesin basuh, barang keperluan bilik mandi, bilik air dan kedai yang terlibat.

CARA CLAIM/ TEBUS BAUCAR SHOPEE

Kepada rakyat Malaysia yang ingin tebus dan guna baucar yang disediakan, anda boleh claim secara online. Panduan cara tebus baucar percuma ini telah disediakan, anda perlu layari laman rasmi – KEMPEN JIMAT AIR

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh berhubungan dengan pihak SPAN di talian 03-8317 8333 atau emel ke wepls@span.gov.my.

INFORMASI LANJUT

Kerajaan Malaysia sudah menyediakan pelbagai jenis bantuan-bantuan yang berbentuk insentif kewangan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Sila rujuk senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda memohon – KLIK DISINI untuk semakan lengkap maklumat.

 

Add comment