Mediaklik
Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Semua Penerima STR 2023

Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Semua Penerima STR 2023

Bantuan Tambahan RM1000 diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan. Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif tambahan kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima bantuan tunai STR tahun ini.

BANTUAN TAMBAHAN RM1000

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawan insentif tambahan RM1000 akan diberikan kepada semua penerima STR. Program pemberian bantuan ini adalah Skim Khairat Kematian(SKK) yang dilaksanakan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan (BSN).

Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu rakyat Malaysia. Namun bantuan ini hanya dapat dituntut sekiranya penerima STR ataupun pasangan telah meninggal dunia.

KELAYAKAN TEBUS BANTUAN TAMBAHAN RM1000

Perlaksanaan skim khairat kematian adalah untuk memberi sokongan kewangan kepada ahli-ahli komuniti yang mengalami kesusahan akibat kematian dalam keluarga atau jiran. Skim ini boleh dimohon untuk menanggung sebahagian daripada kos pengebumian yang diperlukan.

Selain daripada skim khairat kematian yang disediakan kerajaan, kita juga perlu mengetahui sumber-sumber lain yang boleh dituntut sekiranya berlaku kematian dalam kalangan kita. Antaranya ialah Khairat Kematian ASB, Pencen, Takaful, KWSP, Perkeso, Penjawat Awam (JPA), Masjid dan banyak lagi. Dengan mengetahui hak-hak dan tuntutan kita, kita dapat mempercepatkan proses pengurusan jenazah dan harta pusaka serta mengelakkan sebarang pertikaian atau salah faham di antara waris.

Skim khairat kematian adalah satu skim yang sangat penting dan bermanfaat bagi umat Islam serta membantu kita menguruskan kematian dengan lebih mudah dan cekap, tetapi juga menunjukkan rasa prihatin dan solidariti di antara sesama Muslim. Untuk sekarang ini, kerajaan telah menyediakan Skim Khairat Kematian.

Pewaris boleh membuat tuntutan SKK bermula 17 Julai lepas sehingga 31 Disember ini dan tuntutan boleh dibuat secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. Kepada yang belum kemaskini maklumat terkini STR, anda boleh mengemaskini bagi mendapatkan bayaran kadar baharu tahun hadapan.

KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR 2024

Bermula 1 November 2023, anda boleh buat pengemaskinian maklumat dan mohon baru bagi bukan penerima tahun ini. Untuk semakan sila ke portal rasmi – MySTR

LEBIH INFOMASI

Untuk semakan pelbagai jenis bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon sekiranya berkelayakan. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada – RUJUK DISINI untuk informasi lengkap.

Add comment