Mediaklik

BANTUAN PERMAI : KELULUSAN ONE-OFF RM500 KEPADA PEMANDU TEKSI, BAS & E-HAILING

Bantuan sebanyak RM500 diberikan secara ‘one off’ kepada pemandu e-hailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dengan peruntukan RM15 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 lalu bagi meringankan beban kewangan golongan yang terjejas.

Ini adalah sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan semasa berlakunya wabak COVID-19.

Untuk mempercepatkan proses pembayaran, pemandu yang telah menerima bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bagi menerima bantuan PERMAI 2021 dan hanya saringan lesen sahaja yang perlu dibuat.







GOLONGAN YANG LAYAK

Antara golongan yang layak untuk menerima bantuan ini adalah :

  • Pemandu Teksi
  • Bas Sekolah
  • Bas Persiaran
  • E-Hailing
  • Kereta Sewa



KELULUSAN AUTOMATIK

Proses permohonan bantuan di bawah Pakej Permai adalah DIKECUALIKAN/KELULUSAN AUTOMATIK kepada :

  • Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini.




CARA MEMOHON BANTUAN RM500

Kepada yang belum pernah menerima pakej Prihatin RM500 sebelum ini, sila buat di laman web berikut :






SEMAKAN STATUS BANTUAN

Semakan status kelayakan bantuan Permai boleh dilakukan di laman web berikut : 




TARIKH PEMBAYARAN

Pemohon yang layak akan menerima bayaran secara auto kredit bermula 22 FEBRUARI 2021.



Kementerian Pengangkutan Malaysia mengarahkan agar semua pemohon baru untuk memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan bagi memudahkan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai.

Add comment