Mediaklik

PREIJ : PERMOHONAN INSENTIF KHAS SEBANYAK RM500 KEPADA PENIAGA


Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor (PREIJ) 2021 akan memberikan Insentif Khas pemberian wang tunai sebanyak RM500 kepada pemegang Lesen Penjaja di kawasan Pentadbiran MPBP.

Bantuan khas kewangan kepada peniaga yang ditawarkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) boleh dimohon dengan menyediakan beberapa dokumen yang diminta.

Akan dikongsikan beberapa maklumat mengenai bantuan khas peniaga di bawah.





PENIAGA YANG LAYAK

Berikut merupakan peniaga-peniaga yang layak untuk memohon bantuan khas :

  • Semua pemegang lesen penjaja
  • Peniaga di kawasan MPBP
  • Foodtruck
  • Luton
  • Penjaja tepi jalan



CARA MEMOHON

Kepada pemohon yang merupakan pemegang lesen penjaja yang layak, anda boleh membuat permohonan di laman web berikut :


Dokumen Sokongan

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Akaun Bank
  • Salinan Lesen Penaja Tahun terkini
  • Borang permohonan yang diisi dengan lengkap

Permohonan yang telah lengkap bersama dokumen yang diminta perlu dihantar ke kotak yang disediakan di Jabatan Perlesenan MPBP.


PERINGATAN BANTUAN KHAS PENIAGA

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Februari 2021
  • 1 penama untuk 1 permohonan sahaja
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja diproses
  • Pelesen yang telah membuat permohonan insentif RM500 bagi lesen pasar lambak tidak layak untuk membuat permohonan
  • Permohonan baru lesen penjaja tahun 2021 tidak layak membuat permohonan
  • Tertakluk kepada enakmen/ akta/ garis panduan/ pekeliling/ arahan kerajaan negeri Johor yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Perlesenan MPBP di talian 07 434 6940/ 2693/ 2553

Add comment