Mediaklik

BANTUAN PERMAI : TARIKH PEMBAYARAN SEBANYAK RM500 KEPADA PEMANDU TEKSI, BAS, KERETA SEWA DAN E-HAILING


Pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan khas sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing diagihkan mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata bantuan menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) itu membabitkan kira-kira 110,000 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM55 juta.

Tarikh rasmi pembayaran bantuan Permai sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas, bas sekolah dan bas persiaran telah pun dikeluarkan.






SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Semakan kelayakan dan permohonan baharu bagi menerima bantuan Permai boleh layari laman web berikut :

Pemandu teksi, pemandu bas, kereta sewa dan e-hailing yang pernah menerima bantuan di bawah pakej Permai sebelum ini akan diberikan kelulusan secara automatik.


TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PERMAI

Pemandu Teksi & Kereta Sewa

Pembayaran pertama seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa telah menerima bantuan tersebut yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat pada :
  • 22 Februari 2021 (Isnin)

Baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada:
  • 15 Mac 2021.


Pemandu e-Hailing, Bas Sekolah & Bas Persiaran

Baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai:
  • 26 Februari 2021


Kerajaan berharap agar bantuan ini akan membantu golongan tersebut sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan. PICK tentunya melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektor-sektor lain yang amat terkesan oleh pandemik Covid-19.

Add comment