Mediaklik

I-SINAR KWSP : KELULUSAN PENGELUARAN I-SINAR DIPERMUDAHKAN TANPA SYARAT


KUALA LUMPUR : Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021 termasuk permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut.

KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.







JUMLAH PENGELUARAN I-SINAR SERTA JADUAL PEMBAYARAN 

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

1. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1)

Mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.


2. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1)

Mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam temboh enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.




TARIKH PERMOHONAN BARU PENGELUARAN I-SINAR

KWSP menasihatkan agar ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

Hal ini bertujuan untuk memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.




MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi di :

Hotline Khas : 03 8922 4848
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03 8922 6000
Layari laman web :  kwsp.gov.my




KENYATAAN RASMI MEDIA MENGENAI PERMOHONAN I-SINAR


Add comment