Mediaklik

I-SINAR KWSP : TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN BERMULA 8 MAC 2021


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, KWSP menyatakan bahawa kelulusan tersebut adalah termasuk bagi mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam akaun 1 ahli berkenaan.






TARIKH SEMAKAN BAYARAN

Kepada ahli yang telah membuat permohonan dan masih menunggu status bayaran, sila buat semakan pada 8 Mac 2021 di laman web berikut :




PERSOALAN I-SINAR

Antara persoalan yang ditanya oleh seorang pengguna Facebook Eiza Nas yang telah menghubungi pihak KWSP berkenaan dengan isu i-Sinar adalah :


1. Kenapa Status Masih Dalam Proses?

Ramai juga yang sudah gusar apabila status masih dalam proses sedangkan KWSP telah menyatakan akan luluskan semua permohonan. Jangan risau! Permohonan anda TELAH PUN DILULUSKAN kerana KWSP akan luluskan SEMUA PERMOHONAN tanpa syarat.

Status masih dalam proses adalah kerana pihak KWSP masih dalam proses memansuhkan syarat dan sistem i-Sinar. Jadi orang ramai diminta sabar dan buat semakan tarikh pembayaran masing-masing pada 8 Mac 2021.




2. Boleh Ke Tukar Amaun Pengeluaran?

Seperti dimaklumkan, setakat ini pihak KWSP belum mengeluarkan apa-apa arahan untuk penukaran amaun yang tersilap atau ada penambahan. Pihak KWSP akan maklumkan dari masa ke semasa melalui portal KWSP atau laman Facebook KWSP.



3. Pemohon Yang Tidak Menyertakan Dokumen

Bagi Ahli yang memohon tetapi tidak menyertakan dokumen atau dokumen tidak lengkap, pihak KWSP maklumkan bahawa mereka tidak akan melihat lagi dokumen sama ada dihantar atau tidak. Semua Ahli yang mohon akan diluluskan.




MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan i-Sinar boleh terus ke cawangan KWSP yang berhampiran atau hubungi :

  • Talian Hotline i-Sinar : 03 8922 4848


Disebabkan sistem pengagihan i-Sinar agak sedikit terganggu, orang ramai diminta untuk bersabar sepanjang menunggu bayaran masing-masing diterima yang dilakukan secara berperingkat.



Add comment