Mediaklik

[TERKINI] : TARIKH RASMI BAYARAN BPR FASA PERTAMA BERMULA FEBRUARI INI


Untuk pengetahuan, bayaran kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa.


Bagi fasa pertama, pihak kerajaan akan mempercepatkan tarikh bayaran BPR 2021 kepada penghujung bulan Februari 2021 daripada April / Mei yang dijadualkan sebelumnya.

Bayaran ini akan diterima oleh pemohon sedia ada seperti BSH 2020 dan BPN 2.0 termasuklah rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000



Kami kongsikan kepada anda maklumat-maklumat terkini tentang bayaran pertama BPR 2021:


KENYATAAN RASMI LHDN

Berikut adalah info terkini tentang bayaran fasa pertama BPR 2021 yang dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui kenyataan rasmi di laman web Bantuan Prihatin Nasional.


JUMLAH BAYARAN


    1. Kategori Isi Rumah
    •  RM300


    2. Individu Bujang Berumur 21 tahun- 59 Tahun / OKU Berumur 18-59 tahun

    •  RM150


KAEDAH PEMBAYARAN

    1. Dikreditkan Terus ke Akaun Bank

    • Dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit ke BSH 2020 dan BPN  2.0 termasuk rayuan.


    2. Tunai di Kaunter BSN

    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 atau BPN 2.0  adalah secara tunai.

Anda masih berpeluang untuk membuat permohonan dan kemaskini maklumat sehingga pada 15 Februari 2021. Bagi permohonan mereka yang telah diluluskan BSH 2020 atau BPN 2.0, mereka hanya perlu membuat kemas kini di portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk


Portal Rasmi BPR LHDNM,  
https://bpr.hasil.gov.my/
Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747

Add comment