Mediaklik

MYSALAM 2021 : PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS (B40)

Kepada golongan yang mempunyai pendapatan rendah ataupun disebut sebagai golongan B40 akan menerima skim perlindungan sebanyak RM 8000 bagi 45 penyakit kritikal yang telah disenaraikan.

Untuk makluman, pihak kerajaan telah menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat Mysalam melalui Tabung Amanah MySalam.


BACA JUGA : BANTUAN IBU BERSALIN (BIB) : TERIMA RM450 SEMASA BERPANTANG | MOHON SEKARANG!


KELAYAKAN MYSALAM 2021


MySalam layak diterima oleh;


1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.


2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2021


  1. Layari portal https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Tekan butang semak
  4. Status kelayakan akan dipaparkan samaada anda layak atau tidak



PERMOHONAN MYSALAM B40 2021

Cara Membuat Tuntutan :


  • Tuntutan melalui atas talian

    1. Layari portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
    2. Sekiranya anda belum mendaftar, pastikan anda klik di bahagian log masuk kali pertama untuk mendaftar. Sekiranya telah mendaftar boleh log masuk seperti biasa. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menghubungi talian bantuan MySalam untuk reset kata laluan anda
    3. Seterusnya, kemas kini maklumat yang diminta, muat naik dokumen yang diperlukan dan klik hantar
    4. Tunggu keputusan tuntutan anda


  • Tuntutan secara manual

    1. Kunjungi mana-mana kiosk MySalam
    2. Pastikan anda membawa bersama Salinan kad pengenalan, borang Annex 14&17
    3. Serahkan dokumen tersebut pada pegawai bertugas untuk dimasukkan ke dalam sistem



Sebarang persoalan, sila hubungi no tel mySalam seperti di bawah;


TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my

Add comment