Mediaklik

I-SURI KWSP : PERMOHONAN BANTUAN SURI RUMAH RM480


i-Suri KWSP. Permohonan bantuan suri rumah RM480 kini masih diteruskan dalam Perbelanjawan 2021 bagi suri rumah yang tiada sumber pendapatan tetap semasa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. 

i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah. i-Suri juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP.




Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif i-Suri yang patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.


MANFAAT I-SURI

  • Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Bantuan kematian sebanyak RM 2,500.
  • Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan hilang upaya juga disediakan

SYARAT KELAYAKAN


Antara beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk anda memohon i-Suri ini adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) 
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).


Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.




SIAPA YANG BOLEH MENCARUM 

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

BORANG PENDAFTARAN DAN CARA PERMOHONAN


Kepada sesiapa yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:

  1. Borang i-Suri – KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)


Bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan program ini.



Caruman suri rumah ini melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.


PEMBAYARAN CARUMAN

Bagi melayakkan suri rumah mendapat sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.



SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN

  1. Layari portal RASMI E-KASIH
  2. Masukkan maklumat No Kad Pengenalan
  3. Klik ‘carian’ untuk semak pendaftaran.


PERINGATAN : Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem e-Kasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (Balu, bercerai ataupun bujang)

Add comment