Mediaklik

[TERKINI] TARIKH PENDAFTARAN BARU DAN KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)


Bantuan Prihatin Rakyat adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH. Bantuan ini akan membantu golongan isi rumah dan bujang yang berada di dalam golongan B40 dan M40.

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa pendaftaran baru dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021 bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak.

Kepada pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,00O ke bawah, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan baharu bagi mendapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini.






SOALAN LAZIM

Adakah Pemohon Sebelum Ini Perlu Membuat Pendaftaran Baharu Dan Kemaskini?

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.




TARIKH BAYARAN  BPR

  • Pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.
  • Pembayaran Fasa 2 BPR pula dijangka akan dibuat awal bulan Mei 2021

Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu.




INFO TAMBAHAN

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) buat masa sekarang telah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem.

Tambahan pula, proses semak silang ini juga melibatkan 25 Agensi Kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, LHDNM dan pelbagai agensi untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan permohonan BPR.




KENYATAAN RASMI MEDIA

Add comment