Mediaklik

KARNIVAL PENJANAKERJAYA KEBANGSAAN 2021 : RIBUAN PELUANG PEKERJAAN MENANTI ANDA!


Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2021 dengan kerjasama PERKESO telah melaksanakan Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan untuk memberi peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari kerja.

Sebagai menepati kehidupan norma baharu, karnival pekerjaan yang akan berlangsung dari 23 hingga 26 Februari 2021 ini akan dijalankan sepenuhnya secara maya. Pendaftaran kini telah dibuka kepada semua peserta.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh membuat pendaftaran daripada maklumat-maklumat yang akan dikongsikan dibawah.






MAKLUMAT KARNIVAL

  • Nama Program : Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan
  • Anjuran : Kementerian Sumber Manusia
  • Tarikh : 23 Februari sehingga 26 Februari 2021
  • Kaedah Temuduga : Aplikasi Cisco Webex




PENDAFTARAN KARNIVAL

Berikut merupakan kaedah untuk membuat permohonan jawatan yang ditawarkan :

1. Sila layari ke pautan careerfair.perkeso.gov.my
2. Klik LOG IN bagi individu yang sudah pernah mendaftar. Klik REGISTER bagi pendaftaran baru.



3. Klik Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan KSM 2021


4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik REGISTER

5. Kemudian, lihat senarai jawatan yang ditawarkan berserta maklumat temuduga

6. Untuk mohon, klik DETAILS pada mana-mana jawatan yang anda minat



7. Klik APPLY


8. Senarai jawatan yang telah dimohon, akan dimasukkan dalam List of Application




Sila tunggu makluman masa temuduga pada tarikh yang ditetapkan setelah anda selesai mendaftar jawatan yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

En Dianhazri : 019 295 8289
Cik Madihah : 011 6057 3076
 

Add comment