Mediaklik

I-SINAR KWSP : CARA KEMASKINI JUMLAH PENGELUARAN I-SINAR | PEMBETULAN JUMLAH PENGELUARAN


i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Berdasarkan respon pemohon i-Sinar KWSP, ramai yang telah membuat kesilapan semasa mengisi permohonan pengeluaran i-Sinar secara online. Contoh kesilapan yang dibuat adalah tersilap meletakan jumlah amaun pengeluaran i-Sinar.

Kepada sesiapa yang tersilap tarik jumlah amaun pengeluaran, disini akan dikongsikan cara mengemaskini jumlah pengeluaran i-Sinar secara online dan secara manual.






KAEDAH KEMASKINI SECARA ONLINE

Berikut merupakan langkah-langkah mengemaskini secara online :


  • Layari portal i-Sinar dan klik ‘Semak Status Permohonan’
  • Masukkan No. IC dan No. telefon yang telah didaftarkan


  • Paparan status ‘Permohonan Sedang Diproses’ akan ditunjukkan, klik ‘Kemas Kini Dan Muat Naik Dokumen’



  • Isikan semula amaun pilihan yang baharu



  • Kemaskini Maklumat Pemohon seperti No Akaun Bank sekiranya ada perubahan
  • Muat Naik Dokumen Sokongan di Maklumat Pengurangan Pendapatan dan klik ‘Teruskan’
  • Sahkan permohonan dengan melihat semula maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik Hantar


KAEDAH KEMASKINI SECARA MANUAL

Berikut merupakan kaedah mengemaskini pengeluaran secara manual. Pencarum boleh terus ke cawangan KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar.

Antara beberapa salinan dokumen yang perlu anda bawa seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Akaun Bank
  • Nombor Akaun Ahli KWSP




MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran i-Sinar KWSP, anda boleh rujuk :

Talian : 03-8922 4848 
Laman web isinar.kwsp.gov

2 comments