Mediaklik

ETuisyenBantu 2.0 : Permohonan Bantuan Tablet Percuma Kepada Golongan B40


eTuisyen adalah platform PERCUMA untuk menghubungkan semua orang tanpa mengira usia dengan berkongsi pengetahuan atau maklumat terkini tanpa had. 

Pada tarikh 29 Januari 2021 yang lalu, eTuisyen telah membuat kempen Bantuan Tablet Percuma menerusi iklan yang disiarkan melalui platform Twitter @etuisyen_my. Kempen ini bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan mengikuti pembelajaran di rumah (PdPR) secara online.






Akan dikongsikan maklumat berkaitan bantuan tablet percuma kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.



JENIS BANTUAN

Pelajar yang berkelayakan akan menerima :

  • Tablet Telcast P20HD




PLATFORM PEMBELAJARAN ETUISYEN

Terdapat dua platform yang ditawarkan seperti berikut:

  • Kelas Dalam Talian
  • Hab Pembelajaran Percuma



SYARAT KELAYAKAN

Bagi pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan ini, syarat untuk memohon adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Murid Darjah 1 hingga Tingkatan 5 (atau yang setaraf dengannya).
  • Masih bersekolah di mana-mana sekolah (kecuali sekolah antarabangsa).
  • Pendapatan keluarga seisi rumah adalah B40 & ke bawah serta penerima Bantuan Prihatin National (BPN).
  • Anak yatim / penerima zakat / golongan asnaf (diutamakan).
  • Tidak mempunyai sebarang laptop/tablet.
  • Tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.



TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan bermula pada 28 Januari 2021 sehingga 28 Februari 2021


CARA MEMOHON

Ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan :

1. Layari laman web account.etuisyen.my

2. Klik CREATE AN ACCOUNT

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan

4. Klik pada kotak DECLARATION

5. Klik CREATE ACCOUNT

Setelah selesai, log masuk ke laman dengan menggunakan id dan kata laluan yang didaftarkan dan boleh buat permohonan. 




MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Tablet Percuma eTusiyen, boleh terus ke :

Laman web eTuisyen.my

Media sosial twitter.etuisyen

Add comment