Mediaklik

[TERKINI] SEMAKAN STATUS PINDAAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR BERMULA 18 MAC


i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Bermula 08 Mac 2021 yang lalu, pihak KWSP telah memberi kelonggaran kepada ahli pencarum untuk membuat pindaan atau kemaskini amaun pengeluaran i-Sinar seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Namun, masih terdapat segelintir pemohon yang masih belum mendapat maklum blas daripada KWSP berkaitan dengan status pindaan pengeluaran mereka. 

Ikuti maklumat lanjut semakan status pindaan pengeluaran i-sinar di bawah.






TARIKH RASMI SEMAKAN STATUS 

Para pencarum boleh buat semakan status bermula pada 18 Mac 2021, hari khamis ini.


CARA SEMAKAN STATUS PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR

  • Klik butang Semak Status
  • Isi maklumat dengan lengkap
  • Kemudian, status kelulusan anda akan dipaparkan


BUTIRAN PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR

  1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
  4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
    • Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
    • Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
    • Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi :

Add comment