Mediaklik

GKP TAMBAHAN : KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GERAN KHAS PRIHATIN


GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.

Tarikh pembayaran GKP Tambahan dijangka dibuat mulai Mac 2021 dan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Penerima GKP 1.0 dan 2.0 diminta untuk mengemaskini maklumat akaun bank bagi kes kes tertentu untuk memudahkan proses penerimaan GKP Tambahan tidak lama lagi.






TEMPOH KEMASKINI AKAUN BANK

Penerima Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 perlu mengemaskini maklumat akaun bank pada :
  •  15 Februari sehingga 15 Mac 2021



PENERIMA YANG PERLU KEMASKINI

Penerima yang perlu kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP Tambahan adalah :

  • Akaun bank bagi permohonan GKP 1.0 dan GKP 2.0 Tidak Aktif
  • Status pembayaran GKP 1.0 DAN 2.0 adalah Gagal Kredit


NOTA : 

  1. Maklumat akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon
  2. Pastikan nombor akaun bank masih Aktif



CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Berikut merupakan langkah-langkah kemaskini akaun bank :

  • Klik LOG MASUK 
  • Masukkan ID pengguna dan klik SEMAK
  • Sahkan kod keselamatan dan klik YA
  • Masukkan kata laluan dan klik LOG MASUK
  • Klik Menu Kemas Kini Akaun Bank
  • Masukkan nombor akaun bank yang aktif



MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Talian : 03 8911 1000 / 1100
Emel : gkp@hasil.gov.my

 

Add comment