PUTRAJAYA : Individu dan syarikat yang dikenakan kompaun berdasarkan kesalahan di bawah Akta 342 kini boleh mendapat pengurangan bayaran sehingga 50 peratus dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dikenakan kompaun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet yang bersidang pada Rabu.
DISKAUN KOMPAUN
- Diskaun 50% : Jika dibayar dalam masa 1-7 hari (minggu pertama)
- Diskaun 25% : Jika bayar dalam masa 7-14 hari (minggu kedua)
Diskaun akan diberikan secara automatik sekiranya pembayaran dibuat dalam tempoh yang ditentukan.
KATEGORI YANG LAYAK
Antara kategori yang layak untuk membuat rayuan pengurangan pembayaran kompaun adalah :
- Rakyat OKU
- Rakyat miskin atau tidak berkemampuan
- Pengemis/gelandangan
CARA MEMBUAT RAYUAN DISKAUN
Permohonan rayuan pengurangan pembayaran kompaun boleh dibuat pada :
- Pengarah Kesihatan Negeri
- Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
- Pegawai Kesihatan Daerah
Borang pengurangan kompaun boleh didapati di laman sesawang KKM. Setiap permohonan rayuan perlu dikemukakan bukti sokongan untuk mendapat lebih pengurangan pembayaran.
KOMPAUN KALI PERTAMA
Kerajaan telah membenarkan bagi kesalahan individu kali pertama, kompaun adalah RM1,500 iaitu :
- Tidak pakai pelitup muka
- Tidak daftar/Scan QR sebelum masuk premis
- Tidak patuhi penjarakan sosial
Semoga usaha kerajaan ini dapat meringankan beban rakyat yang tidak berkemampuan.
Dalam suasana negara menghadapi pandemik ini, pihak kerajaan perlukan undang-undang untuk mengawal manakala kompaun yang dikeluarkan merupakan langkah akhir dalam penguatkuasaan akta tersebut.
Add comment