Mediaklik
STR Fasa 4 : Semak Jadual & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR Fasa 4 : Semak Jadual & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR fasa 4 adalah merupakan inisiatif pemberian bantuan tunai rahmah bagi fasa terakhir pada tahun ini kepada rakyat Malaysia.

Program Sumbangan Tunai Rahmah hanya berbaki 1 fasa pembayaran sahaja lagi untuk diberikan kepada penerima sedia ada.

SEMAKAN STR FASA 4

Untuk makluman, STR Fasa 4 akan mula dibayar pada bulan November 2023. Jumlah yang ditawarkan adalah dari RM200 sehingga RM1,200 kepada penerima sedia ada. Manakala bagi permohonan rayuan yang lulus akan dimaklumkan jumlah yang mereka dapat.

Pada pembayaran fasa terakhir nanti, bukan semua kategori yang akan terlibat terdapat beberapa kategori yang tidak akan menerima bayaran pada fasa terakhir.

KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN

Berikut adalah kategori yang tidak akan menerima sebarang bayaran STR fasa 4 November nanti seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah pendapatan RM5,000 kebawah (Tiada anak)
  • Kategori isi rumah pendapatan RM5,000 kebawah (Mempunyai 1-2 anak)
  • Kategori bujang

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI LAYAK

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KEBAWAH)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000 KEBAWAH)

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (1-2) : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM500

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • Seorang RM200

Jadual bayaran bantuan STR fasa 4 akan mula dibayar secara berperingkap pada bulan November 2023.

BANTUAN BAKUL

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk mengagihkan bantuan tambahan kepada penerima STR yang merupakan golongan miskin tegar melalui data ekasih. Pemberian dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.

Pengagihan bermula 17 Julai 2023 sehingga Disember 2023. Jumlah RM100 akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan dan diberikan secara automatik selama 6 bulan.

SEMAKAN STATUS MYSTR

Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh membuat kemaskini rayuan atau semakan status bayaran Sumbangan tunai rahmah secara online. Sila layari laman rasmi – MySTR

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment