Mediaklik
Bantuan EWallet BINGKAS RM300 Sebulan : Kriteria Kelayakan

Bantuan EWallet BINGKAS RM300 Sebulan : Kriteria Kelayakan

Bantuan ewallet BINGKAS RM300 sebulan adalah merupakan sebuah insiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban isi rumah yang memerlukan.

Bagi pengetahuan umum, pelbagai jenis kemudahan serta insentif bantuan kewangan telah ditawarkan pada tahun ini salah satunya bantuan BINGKAS.

BANTUAN EWALLET BINGKAS RM300

Perlaksanaan program bantuan ewallet BINGKAS RM300 ini masih disediakan pada tahun ini kerana dapat membantu mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Kadar bantuan yang diberikan kepada pemohon yang layak adalah berjumlah RM300 sebulan dan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan.

Pemberian bantuan khas ini dibayar secara ewallet dimana penerima boleh membelanjakan bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan asas dan alat tulis. Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan cara daftar permohonan dan kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapakan.

KRITERIA KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ewallet BINGKAS RM300 sebulan ini yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Kelahiran negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang merupakan golongan kurang berkemampuan dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan boleh dilakukan. Panduan cara daftar permohonan bantuan ewallet khas ini telah disediakan, sila layari laman rasmi – BINGKAS

Bagi memudahkan proses semakan permohonan dilakukan, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (Jika ada)
  • Salinan kad pengenalan / mykid / surat kelahiran anak (tanggungan)
  • Salinan sijil penceraian / kematian / laporan polis (Bagi kategori ibu bapa tunggal)
  • Salinan penyata KWSP atau EA (Kategori kerja swasta)
  • Salinan slip gaji (Penjawat awam)
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti (bagi bekerja sendiri)

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan bantuan kewangan bagi membantu merigankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin. Sila semakan jenis-jenis bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment