Mediaklik
Rasmi : Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Golongan B40

Rasmi : Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Golongan B40

Rasmi : Bantuan lesen memandu percuma MyLESEN B2 telah dilaksanakan pada tahun ini khusus untuk golongan B40 yang memerlukan.

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan pada tahun 2023 yang boleh dimohon sekiranya berkelayakan.

RASMI : BANTUAN LESEN MEMANDU (MYLESEN)

Untuk makluman, di bawah Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif program yang dikenali sebagai MyLESEN B2. Program khas ini adalah dalam bentuk bantuan lesen memandu bagi memperkasa kumpulan B40 terutama bagi kumpulan belia.

Pihak kerajaan bersetuju untuk menampung/ menanggung sepenuhnya kos ujian dan latihan untuk individu mendapatkan secara rasmi : bantuan lesen memandu Malaysia kelas B2 jenis kenderaan motorsikal.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi permohonan bantuan MyLESE B2 ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan serta mental
  • Masih belum mempunyai sebarang lesen memandu
  • Penerima bantuan seperti (ekasih/ zakat/ baitulmal/ JKM/ LHDN/ JAKOA)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan diatas juga layak memohon
  • Paling utama pemohon bebas dari senarai hotam JPJ, Mahkamah dan PDRM

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM MYLESEN

Program MyLESEN B2 telah mula dilancarkan pada 30 Mei 2023, kepada mereka yang berkelayakan boleh menyertai bantuan lesen memandu ini secara percuma.

CARA DAFTAR

Bagi pengetahuan umum, perlaksanaan program bantuan lesen memandu MyLESEN B2 ini ditawarkan kepada golongan B40 yang berkelayakan. Kepada peserta yang layak dan memenuhi kriteria kelayakan seperti diatas akan dihubungi melalui surat dan emel.

Untuk semakan lebih terperinci berkenaan program bantuan lesen memandu B2 khas ini, sila layari laman rasmi – MYLESEN B2

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program mylesen b2 ini, anda boleh hantar emel ke alamat mylesenb2@jpj.gov.my atau hubungi di talian khas 03-8892 8714 atau 03-8892 8693.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Kepada mereka yang terlepas pandang, kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan kewangan khusus untuk golongan b40 dan miskin. Sila semak senarai inisiatif yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk maklumat penuh.

Add comment