Mediaklik
STR Bujang : Bayaran Bantuan Tunai RM350 Dikredit Berperingkat

STR Bujang : Bayaran Bantuan Tunai RM350 Dikredit Berperingkat

STR Bujang : Bayaran bantuan (Sumbangan Tunai Rahmah) berjumlah RM350 telah mula dikreditkan secara berperingkat pada tahun 2024.

Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi manfaat khusus kepada golongan B40.

Bayaran Bantuan Tunai STR Kategori Bujang

Kerajaan persekutuan telah memperkenalkan sebuah program sumbangan tunai rahmah yang diberikan dalam bentuk bantuan kewangan. Tahun ini adalah merupakan tahun kedua bantuan tunai STR telah dilaksanakan.

Seperti yang telah dimaklumkan kementerian kewangan perlaksanaan program STR ini akan melibatkan 9 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Bagi kategori bujang, bayaran berjumlah RM350 telah mula dikreditkan sepanjang tahun ini melalui 4 fasa pembayaran.

Apa yang menarik lagi adalah mereka yang berkelayakan dari kategori bujang akan menerima insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah bernilai RM150. Sumbangan asas SARA adalah merupakan lanjutan daripada program bantuan tunai STR dan amaun bantuan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Kadar Bayaran STR Bujang Mengikut Fasa 2024

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima kategori bujang STR 2024 mengikut fasa ;

  • Bayaran STR Fasa 1 – RM100
  • Bayaran STR Fasa 2 – RM100
  • Bayaran STR Fasa 3 – (Akan dimaklumkan)
  • Bayaran STR Fasa 4 – (Akan dimaklumkan)

Berdasarkan diatas, baki bayaran kategori bujang adalah RM150 yang akan dikreditkan pada fasa ketiga / keempat bulan Ogos dan November 2024.

Permohonan & Semakan Status Bayaran STR Tahun Ini

Buat warganegara Malaysia yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat boleh dibuat sepanjang tahun 2024. Manakala kepada mereka yang bukan penerima, permohonan baharu atau rayuan boleh dikemukakan juga pada tahun ini.

Untuk pengemaskinian maklumat terkini, permohonan baru dan semakan status bayaran, sila layari pautan rasmi bantuan tunai – STR Tahun 2024

Segala maklumat dan panduan lengkap boleh dirujuk di laman utama tersebut.

Info Tambahan

Bukan sahaja STR, terdapat lebih lagi program kemudahan dan inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat. Kalian boleh membuat semakan – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun 2024 yang masih boleh dimohon.

Add comment