Mediaklik
Bantuan RM100 & RM50 Dikreditkan Dalam MyKad Penerima STR

Bantuan RM100 & RM50 Dikreditkan Dalam MyKad Penerima STR

Bantuan RM100 & RM50 sebulan telah mula dikreditkan kepada dalam mykad setiap penerima STR yang menepati kriteria kelayakan pada tahun ini.

Program khas sumbangan asas rahmah ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ia merupakan lanjutan daripada program bantuan tunai STR.

Pemberian Bantuan RM100 & RM50 Sebulan

Barangan keperluan asas amat penting bagi setiap keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat pada hari ini. Justeru pihak kerajaan telah setuju meneruskan perlaksanaan Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi 2024 yang melibatkan 700,000 penerima.

Bantuan istimewa ini tidak diberikan secara tunai, ianya dikreditkan ke dalam mykad penerima yang berfungsi sama seperti ewallet. Amaun yang dikreditkan boleh digunakan sepanjang tahun ini di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia.

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah bermula daripada RM150 sehingga RM1,200 setahun dan bayaran dikreditkan secara berfasa. Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, semakan kelayakan boleh dibuat secara dalam talian.

Syarat Asas Kelayakan Bantuan RM100 & RM50 (MySARA)

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan penerima lulus Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024
  • Kategori bujang, warga emas & isi rumah (keluarga)
  • Berstatus miskin dan miskin tegar.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran bantuan SARA bagi sesi 2024 mengikut kategori kelayakan ;

  • RM150 setahun : Penerima STR bujang dan warga emas (bukan miskin & miskin tegar)
  • RM300 setahun : Penerima STR isi rumah (bukan miskin & miskin tegar)
  • RM1,200 setahun : Penerima STR isi rumah dan warga emas (miskin & miskin tegar)
  • RM600 setahun : Penerima STR bujang (miskin & miskin tegar)

Senarai Pasaraya Bagi Gunakan Pemberian Bantuan RM100 Sebulan

Jika layak, dimana tempat yang boleh anda gunakan bantuan khas ini? dibawah adalah senarai premis yang boleh dibelanjakan seluruh negara ;

  • Econsave
  • Giant
  • Mydin
  • Pacific
  • Milimewa
  • Lotus
  • The Store
  • Pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia.

Check Status Senarai Penerima Bantuan MySARA 2024

Jangan lupa dapatkan dan gunakan manfaat daripada program bantuan sumbangan asas rahmah ini sepanjang tahun 2024. Untuk check status kelayakan, sila layari pautan rasmi – SUMBANGAN ASAS RAHMAH (MyKasih) untuk rujukan lengkap.

Add comment