Mediaklik

[SKIM AIR DARUL EHSAN] PERMOHONAN BANTUAN PEMBERIAN AIR PERCUMA DI SELANGOR


SHAH ALAM – Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac depan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma bagi mencapai matlamat sebenar meringankan beban kumpulan sasar yang memerlukan dan layak.

Skim ini telah ditambah baik dan dilaksanakan sejak 2019 bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor.





OBJEKTIF SKIM AIR DARUL EHSAN

1. Untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi.

2. Untuk menstruktur semula semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.



SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi individu yang ingin memohon SADE adalah seperti berikut:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  • Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM4,000 dan ke bawah.
  • Pemohon tinggal di premis kediaman jenis meter individu.
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).



CARA MEMOHON

Terdapat dua kaedah yang ditetapkan untuk membuat permohonan SADE kepada yang berkelayakan iaitu :


Permohonan Secara Atas Talian

Sila layari laman web berikut :


Permohonan Secara Manual

1. Sila muat turun borang SADE melalui laman web berikut :
ATAU;

2. Dapatkan borang di kaunter perkhidmatan seluruh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan pendaftaran Skim Air Darul Ehsan 


Borang yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui :
  • Emel : iprair@airselangor.com
  • Mana-mana kaunter perkhidmatan pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk butiran di bawah :

Talian : 15300
Laman web airselangor.com

Add comment