Mediaklik

BANTUAN TUNAI SEBANYAK RM200 BESERTA KOMPUTER KEPADA PELAJAR SEKOLAH DI SABAH


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyediakan bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM200 seorang akan diberikan kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata tahun ini kerajaan akan memulakan pemberian tunai secara sekali bayar iaitu Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI). Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan bantuan pembelian komputer untuk kemudahan pelajar golongan kurang berkemampuan di negeri ini.





BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Bantuan Khas Tunai Peperiksaan akan diberikan kepada pelajar sekolah yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pelajar-pelajar Warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti dan dibayar melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah
  • Bayarannya akan dibuat sebelum peperiksaan berkenaan dilaksanakan (Mei ke atas)


BANTUAN IHSAN KOMPUTER

Bantuan Ihsan Komputer (IHSAN) akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar
  • Satu komputer untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah


CARA MOHON BANTUAN SABAH

Seperti apa yang telah dimaklumkan iaitu pelajar TIDAK PERLU memohon kerana pihak sekolah akan kenalpasti pelajar yang layak menerima bantuan-bantuan tersebut. 

Pelajar-pelajar hanya perlu tunggu makluman dari pihak sekolah mengenai kelayakan individu bagi menerima bantuan tersebut.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

Puan Rosni Leong: 088 369 865
Puan Mary: 088 369 890/ 088 369 872

Add comment