Mediaklik

BANTUAN KHAS SEMPENA AIDILFITRI SEBANYAK RM500 KEPADA PENJAWAT AMAM DI SELURUH MALAYSIA


SHAH ALAM – Pihak kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan perkhidmatan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.





OBJEKTIF BANTUAN KHAS

Pemberian bantuan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.



TARIKH PEMBERIAN BANTUAN KHAS

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu :
  • pada 6 Mei 2021


GOLONGAN SASARAN

Bantuan khas ini akan memanfaatkan penjawat awam dan pesara iaitu :

  • Penjawat Awam : RM500
  • Pesara : RM250


Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun sebelum ini atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi

Add comment