Mediaklik

SEMAKAN BAKI BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) FASA 2 & FASA 3 KEPADA BUJANG & ISI RUMAH


Bantuan Prihatin Rakyat diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan (Bajet) Malaysia 2021. BPR merupakan inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima yang layak dengan peruntukan RM6.5 bilion.

Semua pemohon yang layak telah menerima bayaran BPR Fasa 1 masing-masing pada 22 Februari 2021 yang lalu secara berperingkat. Namun, pasti ramai yang mempersoalkan bila baki bayaran BPR Fasa 2 & 3 akan diberikan. 

Dibawah akan dikongsikan penjelasan bagi menjawab persoalan daripada pemohon mengenai pemberian baki bayaran BPR.





KADAR BAKI BAYARAN BPR MENGIKUT FASA

Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Februari 2021
  • Fasa 2 – Mei 2021
  • Fasa 3- September 2021


JUMLAH BANTUAN BPR

Jumlah bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:


1. Bujang berpendapatan bawah RM2,500

  • 21 tahun ke atas RM350
Telah dibayar RM150,dijangka pada fasa 2 dibayar sekaligus  RM200.



2. Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800(Baki RM1500)
Telah dibayar RM300,baki pembayaran bagi fasa 2 & 3 dibahagikan secara sama rata.



3. Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800(Baki RM500)
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200(Baki RM900)
Telah dibayar RM300,baki pembayaran bagi fasa 2 & 3 dibahagikan secara sama rata.



4. Isi rumah berpendapatan antara RM4,001-RM5,000

  • 1 orang anak RM500(Baki RM200)
  • 2 orang anak atau lebih RM750(Baki RM450)
Telah dibayar RM300,baki pembayaran bagi fasa 2 & 3 dibahagikan secara sama rata.
MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai BPR 2021, sila hubungi saluran berikut:

Portal Rasmi BPR LHDNM, : bpr.hasil.gov.my

Hubungi LHDNM : 1-800-88-2747 

1 comment