Mediaklik

[SJKP 2021] MOHON RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT DENGAN GAJI SERENDAH RM1,000 & TANPA SLIP GAJI | KHAS UNTUK B40!


Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti petani dan peniaga kecil dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Bagi mengatasi kesukaran rakyat, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini. 

Para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan. SJKP Berhad ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.

SJKP Berhad telah melantik Prokhas Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan) bagi menguruskan operasi hariannya.






SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia 

2. Berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman sama dibenarkan.

4. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.

5. Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.

6. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan. 

7. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.

8. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman (65% daripada pendapatan kasar).

9. Rekod tunggakan CCRIS (2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini).

10. Tiada rekod-rekod nengatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini. 



SENARAI INSTITUSI KEWANGAN YANG TERLIBAT


 



TERMA DAN SYARAT PEMBIAYAAN


Jumlah Pembiayaan 

Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000 (termasuk MRTA/MRTT)


Jenis Pembiayaan 

Pembiyaan Berjangka sahaja


Tempoh

Sehinga 35 tahun atau usia permohonan 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.


Kadar Faedah

Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan menawarkan pinjaman.


MRTA / MRTT : Wajib


Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan. 



CARA PERMOHONAN

1. Mengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.

2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Katogori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pengulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertaniaan) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli. 

4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohon pembiayaan perumahan di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi nombor berikut :


Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my

Layari : sjkp.com.my

Add comment