Mediaklik

BANTUAN SKIM PERNIAGAAN RM1,000 HINGGA RM20,000 KEPADA SETIAP USAHAWAN YANG TERJEJAS


Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional 2.0 (CBRM 2.0) merupakan skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

Dengan jumlah pembiayaan  sebanyak RM1,000 hingga RM20,000, skim ini adalah sebagai suntikan modal pusingan untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada buat peniaga yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19.

Skim ini adalah dibuka kepada semua peniaga warganegara Malaysia dalam sektor perniagaan yang patuh syariah dengan tempoh pembiayaan sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan.





NILAI PEMBIAYAAN

Pembiayaan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah seperti berikut:

Usahawan baru: RM1,000 hingga RM10,000
Usahawan sedia ada: RM1,000 hingga RM20,000



SYARAT KELAYAKAN 

1. Bumiputera/ India dan warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)

3. Mempunyai lesen/ permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Daftar Perniagaan (SSM)

4. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan

5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak

6. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan

7. Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM100,000

8. Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah


CARA PERMOHONAN

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Sektor Mikro (CBRM 2.0) boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:



Dokumen Diperlukan

Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)


Tempoh yang diambil bagi kelulusan permohonan adalah 10 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima. Sila daftar akaun untuk memohon skim pembiayaan ini. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel ke supportcbrm@tekun.gov.my.


Sila berurusan dengan pegawai TEKUN yang berhampiran untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Skim CBRM di talian berikut:


Add comment