Mediaklik

BANTUAN KEWANGAN RM200 SEBULAN KEPADA GOLONGAN YANG TERKESAN SEPANJANG PANDEMIK COVID-19


Pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak Kerajaan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk golongan B40. JKM telah menyediakan Bantuan Latihan Perantis, bagi membantu anak-anak penerima bantuan JKM dalam mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup terutamanya sepanjang pandemik Covid-19.





BANTUAN LATIHAN PERANTIS JKM

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:

1. Untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur

2. Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.



KADAR BAYARAN BANTUAN

Kadar bayaran disediakan kepada individu yang layak adalah sebanyak:

  • RM200 sebulan seorang


SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Nota: 


Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.



CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.


Borang-Borang Berkaitan :


Add comment