Mediaklik

BANTUAN TABLET DAN SIMCARD PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR GOLONGAN B40 YANG TERKESAN


Yayasan Raja Muda Selangor dengan kerjasama Selangor Youth Community dan BeONE Prepaid telah bersepakat untuk memberi bantuan tablet dan simcard percuma kepada pelajar-pelajar yang terkesan bagi membantu proses pembelajaran dalam talian jarak jauh.

Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah dan juga universiti daripada kumpulan B40 (pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM 2,200/bulan) dan pemohon hendaklah menetap di Selangor.









TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 14 Ogos 2021 hingga 21 Ogos 2021


SYARAT KELAYAKAN

1. Daripada golongan terpinggir

2. Pendapatan ibu bapa di bawah RM2,200

3. Masih bersekolah

4. Tiada peranti elektronik (telefon pintar atau komputer riba) di dalam rumah

5. Tidak mendapat sebarang bantuan peranti elektronik daripada mana-mana pihak

6. Tidak mempunyai peranti untuk mengakses pembelajaran dalam talian

7. Peluang ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah dan juga universiti daripada kumpulan B40

8. Pemohon hendaklah menetap di Selangor.



CARA PERMOHONAN

Kepada pelajar yang memerlukan bantuan yang ditawarkan, sila isi borang permohonan tajaan tablet di laman web berikut :


Untuk maklumat lanjut, Pihak YRMS akan menghubungi anda sekiranya anda layak untuk menerima tajaan tablet ini.

Add comment