Mediaklik
Senarai Bantuan Kewangan JKM Bulan Julai 2023

Senarai Bantuan Kewangan JKM Bulan Julai 2023

Senarai bantuan kewangan JKM yang boleh dimohon pada bulan Julai 2023 terbuka kepada golongan yang terjejas dan memerlukan.

Skim bantuan kebajikan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarat bagi membantu golongan kurang benasib baik dari segi kewangan.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN JKM 

Ramai yang terlepas pandang bahawa pihak kerajaan melalui agensi JKM telah menyediakan pelbagai jenis bantuan yang boleh didapatkan mengikut kategori kelayakan. Kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan secara bulanan.

Kadar yang disediakan adalah berbeza mengikut kategori bantuan, jumlah maksimum yang boleh didapatkan adalah sehingga RM1,000 sebulan untuk isi rumah yang berkelayakan. Berikut adalah senarai bantuan kewangan JKM yang ada pada bulan ini.

INSENTIF BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Inisiatif khas ini ditawarkan kepada golongan orang tua / warga emas yang melebihi umur 60 tahun. Kadar yang disediakan kepada mereka yang layak adalah sebanyak RM500 sebulan.

Kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran secara automatik setiap bulan menerusi bantuan warga emas.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Program bantuan kanak-kanak ini istimewa ditawarkan kepada isi rumah yang mempunyai tanggungan anak di bawah umur 18 tahun. Mereka yang kurang benasib baik dalam segi kewangan dan memerlukan boleh membuat permohonan bantuan BKK ini.

Kadar yang ditawarkan adalah sehingga RM1,000 sebulan, jumlah bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak.

SENARAI INSENTIF SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

Selain bantuan BWE dan BKK, terdapat lebih banyak insentif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM antaranya seperti di bawah :

  • Bantuan anak peliharaan (BAP)
  • Elaun pekerja OKU (EPOKU)
  • Bantuan pesakit kronik terlantar (BPT)
  • Bantuan am persekutuan (BA)
  • Bantuan alat sokongan (BAT)
  • Bantuan latihan perantis (BLP)
  • Tabung bantuan segera (TBS)
  • Insentif bantuan OKU tidak bekerja (BTB)

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang kurang berkemampuan, permohonan boleh dilakukan mengikut kategori yang layak. Syarat kelayakan dan panduan cara mohon telah disediakan, sila ke laman rasmi – eBANTUAN JKM

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak insentif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk menangani masalah kemiskinan. Sila semak senarai bantuan yang ada ditawarkan dan layak untuk dimohon pada tahun ini – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment