Mediaklik
Bantuan Pembiayaan Beli Motorsikal RM10,000

Bantuan Pembiayaan Beli Motorsikal RM10,000

Bantuan pembiayaan beli motorsikal sehingga RM10,000 adalah merupakan sebuah program skim dari pihak kerajaan melalui agensi TEKUN Nasional pada tahun ini.

Skim khas ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang berkelayakan bagi memiliki kenderaan jenis motorsikal dan baik pulih motorsikal sedia ada.

BANTUAN PEMBIAYAAN BELI MOTORSIKAL

Program skim pembiayaan TEKUN Mobileprenuer 4.0 yang ditawarkan oleh pihak TEKUN Nasional telah dibuka permohonan pada tahun ini. Program ini adalah kesinambungan daripada skim TEKUN mobileprenuer 1.0, 2.0 dan 3.0.

Skim khas ini pada dasarnya adalah bantuan pembiayaan modal untuk usahawan dalam sektor perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

KADAR JUMLAH BANTUAN PEMBIAYAAN

Jumlah kadar bantuan beli motorsikal melalui TEKUN Mobileprenuer 4.0 telah ditetapkan iaitu serendah RM1,000 sehingga maksimum RM10,000. Jenis pembiayaan yang dibenarkan adalah seperti di bawah :

  • Pembelian motorsikal baru
  • Pembaikan (baik pulih) motorsikal
  • Modal kerja/ pusingan

SYARAT KELAYAKAN

Kriteria syarat-syarat kelayakan bagi program bantuan pembiayaan beli motorsikal telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/ India)
  • Pemohon tidak berstatus bankrup
  • Terbuka kepada pemohon yang berumur 18 hingga 60 tahun (Tempoh pembiayaan berakhir sehingga 65 tahun)
  • Mempunyai lesen memandu yang sah (B1/ B2)
  • Mempunyai kenderaan jenis motorsikal (Bagi kategori membaiki motorsikal dan modal pusingan)
  • Mempunyai surat sah dari syarikal e-hailing berdaftar
  • Perlu mengemukan dokumen asal sebut harga beli motorsikal dari pembekal yang sah (Bagi kategori permohonan pembiayaan beli motor)

Nota : Pemohon hendaklah mematuhi garis panduan serta syarat dan terma yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).

LANGKAH CARA MOHON

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan kenderaan jenis motorsikal, permohonan bantuan pembiayaan beli motorsikal dibawah TEKUN ini boleh dilakukan.

Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan. Sila ke laman rasmi – TEKUN MOBILEPRENUER 4.0

Kepada yang menepati syarat kelayakan dan kurang berkemampuan, disarankan memohon bantuan pembiayaan ini kerana kadar dikenakan adalah lebih rendah berbanding pembiayaan lain.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban masyarakat pada tahun ini. Untuk yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment