
Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai akan bermula secara rasminya pada 6 September 2021 dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Semakan status kelayakan telah dibuka melalui laman web yang telah disediakan bagi memudahkan rakyat malaysia mengetahui dengan jelas mengenai kelayakan pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
KETERANGAN STATUS BKC
Dalam Proses Pengkreditan
1. Pembayaran BKC dalam proses pengkreditan ke akaun bank. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.
Gagal Kredit
1. Penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad
Pembayaran Secara Tunai
1. Pembayaran BKC secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKC di Kaunter BSN mulai 6 September 2021
Tidak Tersenarai Sebagai Penerima BKC
Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut:
1. Data BPR 2021
- Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
- Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
- Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
- Pemohon/ Pasangan adalah penerima GKP
- Bekerja/ menetap di luar negara
2. Data Percukaian
- Pemohon/ pasangan adalah penerima GKP
- Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
- Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi tahun Taksiran 2020
- Pembayar cukai meninggal dunia
- Bekerja/ menetap di luar negara
Penentuan kategori penerima BKC adalah muktamad berdasarkan semakan permohonan BPR 2021 dan juga data percukaian yang telah dilaporkan. Buat masa ini, masih tiada makluman berkenaan permohonan rayuan bagi yang tidak berkelayakan.
Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Add comment