Mediaklik

MOHON BANTUAN KERAJAAN RM100 HINGGA RM350 SEBULAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG TERJEJAS


Kemudahan bantuan yang disediakan oleh kerajaan menunjukkan bahawa pihak kerajaan sentiasa berusaha menangani masalah keperluan hidup masyarakat hari ini. Justeru, bantuan yang diberikan membolehkan pemohon membeli barang keperluan harian, dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik serta mengubah taraf ekonomi rakyat. 

Walau bagaimana pun, setiap negeri menyediakan skim bantuan am yang berbeza. Tiada keseragaman yang ditetapkan oleh setiap negeri dalam pemberian skim bantuan am ini. Pemberian bantuan juga adalah bergantung kepada dasar serta peruntukan kerajaan negeri masing – masing.





KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan adalah 

  • sebanyak RM 100 seorang 
  • sebanyak RM 350 untuk sebuah keluarga.



SYARAT KELAYAKAN


1.  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan

2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa

3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan  bulanan JKM lain;

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.



CARA PERMOHONAN


1. Para pemohon boleh melakukan permohonan dengan mengisi salah satu borang berikut yang disertakan di bawah:



2. Sediakan dokumen sokongan

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Serta lain-lain dokumen yang berkaitan.

Pihak pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melakukan siasatan serta penilaian terlebih dahulu setelah permohonan diterima dan didaftarkan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengesahkan setiap permohonan adalah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Add comment