Mediaklik

SEMAK STATUS KELAYAKAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Pihak Kerajaan telah mengumumkan salah satu bantuan yang akan diberikan iaitu Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan yang lalu berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan hari ini. Beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan lepas dan telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.






TARIKH PEMBAYARAN BKC

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa Satu akan dibayar secara berperingkat mulai :

  • 6 September 2021 hingga 10 Sepember 2021.


CARA PERMOHONAN

Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada.
1. Miskin Tegar & B40 : Permohonan BPR 2021
2. Golongan M40 : Percukaian (LHDNM)
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN
Semakan status Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dilakukan bermula pada 6 September 2021 melalui laman web berikut :

Perdana Menteri sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19. Pihak Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.

Add comment