Mediaklik

JUMLAH BANTUAN KHAS COVID-19 FASA SATU MENGIKUT KATEGORI BERMULA 6 SEPTEMBER INI!


Pada 28 Jun lalu, pihak Kerajaan telah mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid. Salah satu bantuan yang akan diberikan ialah Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan hari ini. Katanya beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan lepas dan berikutan itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.






KADAR PEMBAYARAN BKC


Kategori Miskin Tegar

  • Isi Rumah : RM1,300
  • Bujang : RM500

Kategori B40

  • Isi Rumah : RM800
  • Bujang : RM200

Kategori M40

  • Isi Rumah : RM250
  • Bujang  : RM100




KAEDAH PEMBAYARAN BKC

Para penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:
1. Miskin Tegar & B40
Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
2. Golongan M40
Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian




Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 6 September 2021 hingga 10 Sepember 2021.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web berikut : pmo.gov.my/2021

1 comment

  • Allahuakbar saya bapa tunggal.. Besarkan anak sendiri.. Saya hilang mata pencarian.. Saya mohon bantuan.. Anak kene penyakit covid.. Kepada sesiapa sahaja yg nampak post saya nj.. Tolong call saya 0183902573