Mediaklik

[RASMI] PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 FASA SATU BERMULA SEPTEMBER INI!


Pada 28 Jun lalu, pihak Kerajaan telah mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid. Salah satu bantuan yang akan diberikan ialah Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan hari ini. Katanya beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan lepas dan berikutan itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.






TARIKH PEMBAYARAN BKC

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai :

  • 6 September 2021 hingga 10 Sepember 2021.


Mengikut Kategori

Golongan B40: 06 September 2021
Golongan M40: 09 September 2021



CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada.
1. Miskin Tegar & B40 : Permohonan BPR 2021
2. Golongan M40 : Percukaian (LHDNM)

Perdana Menteri sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19. Pihak Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.



Add comment