Mediaklik

[TERKINI] PEMBAYARAN BANTUAN GKP 4.0 AKAN DISALURKAN BERMULA SEPTEMBER INI SEBANYAK RM500!


Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November ini.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro sepanjang pandemik Covid-19 ini.





KADAR BAYARAN BANTUAN GKP 4.0
Bayaran GKP 4.0 sebanyak RM1,000 akan salurkan secara berperingkat iaitu pada :

  • Fasa Pertama (September 2021) : RM500
  • Fasa Kedua (November 2021) : RM500


Secara keseluruhannya kerajaan sudah memperuntukkan tambahan RM5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP. Pelaksanaan GKP itu berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau ‘business survival’ dalam kalangan pengguna kecil, terutama mereka yang tidak dibenarkan beroperasi.



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)



Add comment