Mediaklik

RUJUK KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 SECARA TUNAI


Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai akan bermula secara rasminya pada 6 September 2021 (Isnin) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Pembayaran BKC Fasa 1 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.


KAEDAH PEMBAYARAN BKC

Para penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:
1. Miskin Tegar & B40
Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
2. Golongan M40
Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

PEMBAYARAN BKC SECARA TUNAI

Pembayaran BKC secara tunai kepada penerima lulus yang:


1. Tidak mempunyai akaun bank

2. Akaun bank tidak aktif

3. Gagal kredit

4. Dan sebagainya


Hanya penerima yang tiada akaun bank/ akaun bank tidak aktif/ gagal kredit sahaja akan terima bayaran secara tunai. 



KAEDAH BAYARAN BKC TUNAI DI BSN

Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu membawa:


1. Kad Pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN berdekatan.


Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC Fasa 1. Rujuk laman sesawang BKC untuk maklumat lanjut.

Para pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter. Selain itu, pelanggan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300 88 1900.

Add comment