Mediaklik

[SEMAK KELAYAKAN ANDA] BANTUAN KERAJAAN SEBANYAK RM100 KEPADA SETIAP ISI RUMAH


Kuala Lumpur: Seramai 300,000 isi rumah golongan miskin bandar akan diberikan bantuan barangan dapur secara tanpa tunai melalui MyKad menerusi Program PRIHATIN Kasih membabitkan peruntukan RM100 juta.

Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui penggunaan MyKad. Pemilihan penerima bantuan dilakukan dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).






KELEBIHAN SISTEM TANPA TUNAI MYKASIH

  • Membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka.
  • Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.
  • Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.
  • Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.



TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan bantuan ini adalah mengikut negeri seperti berikut:




KADAR BANTUAN PRIHATIN KASIH


Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak:

  • RM100 selama 3 bulan

Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.




BARANGAN ASAS DI 300 RANTAIAN PASAR RAYA

Antara barangan asas yang boleh dibeli termasuklah:

  • Makanan dalam tin
  • Susu bayi
  • Beras
  • Minyak masak
  • Telur
  • dan sebagainya


Senarai 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • serta kedai-kedai runcit



SEMAK KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN KASIH

Sila layari laman web berikut untuk menyemak kelayakan penerimaan bantuan Prihatin Kasih :


Bagi penerima Prihatin Kasih yang layak akan menerima SMS dari Mykasih untuk mengesahkan status kelayakan beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang berdekatan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web : mykasih.com.my

1 comment

  • sy tak faham dgn apa yg katanya nk bagi bantuan…..entah lah….tak fhm langsung…..yg sy tahu sy tak terima apa2……makan ubi kayu sekalipun skrg ni,yang penting sy perlu teruskan hidup dr mengharap dgn kata2…..Allah bakal turun kan lg bala….jgn naya anak yatim