Mediaklik

MOHON BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK SEHINGGA 100% BAGI BULAN DISEMBER INI!


Rebat 100% secara sekali beri ‘one’off’ bagi bil elektrik bulan Disember 2021 ini akan memanfaatkan seramai 72,000 pengguna domestik yang menjadi mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini. Menurut Perdana Menteri, kemudahan ini diberikan kepada rakyat yang terlibat bagi meringankan beban mangsa banjir.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mangsa banjir. Kerajaan minta TNB untuk membantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas banjir apabila bekalan elektrik disambung semula.






KEMUDAHAN – KEMUDAHAN TNB

Kerajaan melalui TNB menawarkan kemudahan berikut kepada pengguna domestik yang merupakan mangsa banjir:


1. Rebat 100% secara one-ff bagi bil elektrik Disember 2021

2. Perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma



TABUNG WARGA TNB PRIHATIN (TWTP)

Pihak TNB telah mengumumkan peruntukan RM40 juta bagi tujuan kerja-kerja pemulihan di samping RM2 juta lagi dalam bentuk bantuan kewangan melalui Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP).

Lebih 2,000 warga kerja TNB di seluruh Semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan aset bekalan TNB (pencawang elektrik, kabel, tiang elektrik) yang terjejas akibat bencana tersebut.

Langkah tersebut merupakan salah satu daripada pendekatan untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat, sekali gus mencerminkan pula nilai mengutamakan pelanggan yang menjadi keutamaan TNB.



PEMERIKSAAN PERCUMA

Kerja-kerja pemeriksaan itu meliputi pengujian penebatan rintangan dan pembumian serta ujian yang diperlukan di kotak fius agihan (distribution board – DB) serta alatan elektrik berkaitan, untuk memastikan keselamatan pengguna sebelum mereka menghidupkan papan litar utama di premis dan langkah-langkah yang perlu diikuti demi keselamatan seluruh keluarga.

Pemeriksaan percuma ini adalah kerjasama bersama Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (PERNISMA), Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM), TNB Energy Services (TNBES), dan kontraktor-kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.



CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, kaedah permohonan atau pelaksanaan masih belum dinyatakanoleh pihak TNB. Mangsa-mangsa yang terjejas boleh ikuti perkembangan dari masa ke semasa di laman berikut:


Iklan rasmi : drive.google.com

Add comment