Untuk makluman, sebelum ini terdapat beberapa pemohon yang tidak diluluskan permohonan mereka bagi i-Sinar kategori 1 disebabkan beberapa faktor. Namun begitu, pihak kerajaan telah tampil dan memberikan peluang kepada mereka yang tidak lulus kategori 1 untuk melakukan permohonan bagi i-Sinar kategori 2..
Terdapat sedikit perbezaan di antara i-Sinar kategori 1 dan 2 yang mana untuk i-Sinar kategori 2 anda perlu memuat naik dokumen sokongan untuk membolehkan permohonan i-Sinar anda diluluskan. Sekiranya anda menepati segala syarat dan kriteria yang telah ditetapkan, pembayaran wang interim i-Sinar kategori sebanyak RM1,000 akan dikreditkan ke dalam akaun anda hari ini.
Disebabkan pengkreditan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kepada bank masing-masing, maka di harapkan kefahaman anda agar dapat menunggu dengan sabar dan menyemak akaun anda dari semasa ke semasa.
BACA JUGA : BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT : WARGA EMAS RM500 SEBULAN
Berikut dikongsikan kepada anda screenshot yang memaparkan beberapa orang pemohon yang sudah menerima pengkreditan i-Sinar kategori 2 hari ini :
Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan
Bagi anda yang belum membuat permohonan i sinar kategori 2, berikut dikongsikan kepada anda cara permohonan dan dokumen yang perlu disertakan. Permohonan ini masih lagi dibuka bagi sesiapa yang belum memohon.
Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan Dokumen Seperti Berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN;
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa DAN/ATAU;
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan.
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama dengan rakan-rakan anda.
Add comment