Mediaklik

BANTUAN RM100 ASUH PINTAR : Yuran Taska / Nurseri Tahun 2021


Asuh Pintar 2021: Bantuan yuran RM100 sebulan kepada Taska, Nurseri

Bantuan Yuran Taska atau Nurseri adalah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) 2021 sebanyak RM100 setiap bulan untuk ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan yang mempunyai anak-anak berusia 4 tahun ke bawah dan bantuan ini akan dibayar terus ke Taska atau Nurseri tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) bagi tahun 2021.
Untuk makluman, pada Tahun 2020, sebanyak 728 permohonan diluluskan melibatkan 121 taska berdaftar serta peruntukan sebanyak RM636,300. Sebelum ini, Skim Bantuan ASUH PINTAR dikenali sebagai SIKEMBAR.
Di sini kami kongsikan maklumat lebih lanjut tentang manfaat skim bagi rakyat Selangor.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan Asuh Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.
Contohnya, permohonan untuk manfaat bulan Mac 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2021.

SYARAT KELAYAKAN
  • Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia
  • Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU
  • Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
  • Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 5000 Ke Bawah
  • Suami Dan Isteri Berkerja
  • Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah
  • Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja
  • Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
SENARAI TASKA/NURSERI BERDAFTAR 
Untuk menerima bantuan ini, pemohon perlu menghantar anak-anak mereka ke Taska atau Nurseri yang telah berdaftar dengan JKM. Jika nama Taska atau Nurseri terbabit wujud di dalam senarai terbabit, pemohon boleh membuat permohonan untuk bantuan Asuh Pintar.
Senarai Taska atau Nurseri yang berdaftar boleh dirujuk melalui KLIK DI SINI
CARA MOHON BANTUAN RM100 YURAN TASKA/NURSERI TAHUN 2021 

  1. Layari laman web KLIK DISINI
  2. Masukkan nombor KP pemohon dan klik ‘Semak’.
  3. Kemudian, klik ‘Permohonan Baru’.
  4. Sila isi maklumat diperlukan secara lengkap dan betul.
  5. Klik ‘Daftar‘ untuk hantarkan permohonan.
  6. Cetak borang permohonan terbabit.
  7. Hantarkan borang permohonan serta dokumen sokongan ke email asuhpintar@gmail.com atau pos ke alamat:Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
            Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
            Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
            Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
            Selangor Darul Ehsan.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
  1. Borang Pendaftaran Online yang Dicetak Sistem
  2. Salinan Sijil Lahir Anak yang Dipohon
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu
  4. Salinan Kad Pengenalan Bapa
  5. Slip Gaji Ibu (Pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/ suri rumah)
  6. Slip Gaji Bapa (Pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/ suri rumah)
  7. Cop Pengesahan Mastautin (Bagi bukan kelahiran Selangor)
  8. Salinan Pengesahan Pendaftaran SPR Bagi Ibu dan Bapa.
  9. Bagi pemohon yang tidak dilahirkan di Selangor pula, antara dokumen tambahan yang perlu dilampirkan adalah: – (Salinan Bil Air/ Elektrik/ TM/ Astro/ Muka depan Buku Merah Ibu; ATAU Cop Pengesahan Bermastautin (Harus dicop di borang permohonan).
PERTANYAAN DAN INFO LANJUT
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak YAWAS di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web Asuh Pintar untuk info lanjut.
Semoga perkongsian ini  sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

Add comment