Mediaklik

[RASMI] : 150,000 PELAJAR SEKOLAH TERIMA BANTUAN LAPTOP DAN TABLET BERMULA FEBRUARI 2021 INI


Seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah rintis akan menerima komputer riba bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Ketika pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif seperti kemudahan komputer riba, tablet serta data internet secara percuma bagi meringankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membiasakan diri dengan norma baharu untuk meneruskan pembelajaran di atas talian.

Kemudahan tersebut disediakan melalui Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah (B40). 


BACA JUGA : JAWATAN TERKINI : Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM) 2021

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut mengenai bantuan komputer percuma


MAKLUMAT BANTUAN KOMPUTER RIBA

Yayasan Hasanah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif CERDIK ini membabitkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PETRONAS.

Langkah ini dilaksanakan bagi membantu pelajar mengadaptasi norma baharu sesi persekolahan dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

Projek yang akan diselia oleh Yayasan Hasanah itu akan memberi bantuan komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.


TARIKH PEMBERIAN BANTUAN KOMPUTER RIBA

Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan akan mengagihkan peranti ini bermula:

  • Peringkat Utama: Februari

Pihak mereka sedang bertungkus lumus dengan semua pihak bagi mempercepatkan kadar pengedaran. Usaha itu akan dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran atas talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

Add comment