Mediaklik

RUJUK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BAGI FASA 1


Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada 24 November 2021, proses permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 akan dipermudahkan untuk kesejahteraan semua.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Kerajaan kekal komited untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima. 






TEMPOH PENDAFTARAN

Tempoh pendaftaran dan kemas kini maklumat BKM akan dibuka pada:

  • Mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022

Ini adalah bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.



TARIKH PEMBAYARAN BKM

Untuk makluman. pembayaran BKM akan dilaksanakan secara :

  • Bayaran 4 kali setahun

Pembayaran BKM yang pertama dijangka pada:

  • Mac 2022

Tarikh pembayaran BKM juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Add comment